Entry kali ini saya post kan khusus buat semua ibu2 yang mana secara tak langsung telah membaca blog saya ni..Pada yang bakal jadik ibu lagi cukup bagus utk baca this post sebagai persediaan awl b4 menimang cahaya mata..Segala info yang saya kongsikan di sini adalah fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh badan2 yg diiktiraf baik dalam mahu pun luar negara..Mengapa tergerak hati saya untuk berkongsi apa yang saya tahu dengan ibu2 semua? Its becoz of sejak saya bergelar seorang ibu, internet la sumber yang paling dekat dan banyak membantu saya dalam mendalami ilmu parenting ni..Ikhlas saya katakan sebelum menjadi ibu saya tidak penah amik tau psal penyusuan susu ibu eksklusif, ebm,breastpump dll (istilah2 dlm penyusuan susu ibu), botol susu (rupanya begitu banyak jenis botol susu kt dunia ni) mana yg BPA Free, anti-colic, plus anti-colic dan macam2 lagi la..** next entry citer bab botol susu pulak yer..hinggalah sampai masa yang saya rasa my baby dah bleh makan, lalu saya surf internet psl pemakan bayi ni..Amazing!! betapa naif nya saya sebagai seorang ibu sbb too many things about baby yg saya tak tau..Sungguh, b4 ni ape yg terlintas kt mind saya hanyalah nak bagi my baby makan nestum (sbb dah terbiasa tgk akak2 n sedara2)..Rupa-rupanya banyak fakta dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh authorized society berkenaan dengan baby especially baby 0-6months..dan inilah yg saya nak kongsikan bersama..Lets check it out..
Konsultansi Pakar Pertubuhan
Kesihatan Sedunia berkenaan dengan Tempoh Optimum Bagi Penyusuan Susu Ibu
Secara Eksklusif (WHO, 2001) telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan
membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak
lahir sehingga 6 bulan memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu. Kajian
sistematik yang dijalankan telah mengenal pasti dan merumuskan beberapa kajian
perbandingan di antara penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 4 hingga 6
bulan dengan penyusuan eksklusif selama 6 bulan dari aspek pertumbuhan, status
zat besi bayi, morbiditi, penyakit atopik, perkembangan saraf motor,
pengurangan berat badan post partum dan amenorea. Di antara faedah utama yang
terbukti ialah perlindungan dari jangkitan gastrousus bayi. Ia bukan sahaja
berlaku di negara-negara membangun malah juga di negara-negara perindustrian.
Bukti lain juga menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif selama
enam bulan boleh meningkatkan perkembangan motor dan kecerdikan bayi. Walau bagaimanapun,
lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengesahkannya. Penyusuan susu ibu
secara eksklusif selama enam bulan juga memberi manfaat kepada ibu seperti
membantu melewatkan kedatangan haid selepas bersalin dan mempercepatkan
pengurangan berat badan.
Bagaimana pula jika ibu tidak dapat menyusu secara eksklusif?

Bayi yang tidak menyusu
susu ibu dengan atas alasan tertentu harus diberi rumusan bayi yang
diperkayakan dengan zat besi. Penggunaan awal rumusan yang diperkayakan dengan
zat besi boleh membantu mencegah berlakunya kekurangan zat besi pada masa akan
datang. Bayi yang menyusu rumusan yang diperkayakan dengan zat besi (sehingga
12 mg/L) sepanjang tahun pertama boleh dijamin mempunyai
simpanan zat besi yang mencukupi dan kurang mengalami masalah kekurangan zat
besi pada umur 6 - 18 bulan (AAP, 1989). Di Malaysia, di bawah Akta Makanan
(1983) dan Peraturan Makanan (1985), rumusan bayi yang diperkaya mestilah
mencapai tahap zat besi paling minimum yang dibenarkan iaitu 1 mg zat besi bagi
setiap 100 kkal rumusan bayi.
Penggunaan rumusan bayi
berasaskan soya sebagai alternatif kepada susu ibu adalah tidak digalakkan
melainkan atas nasihat profesional perubatan. Bayi yang disahkan mempunyai
alahan terhadap protein susu lembu pada kebiasaanya juga sensitif terhadap
protein soya. Bayi tersebut tidak harus diberi rumusan berasaskan isolated
soy-protein secara rutin. Mereka perlu diberi rumusan daripada protein
susu lembu terhidrolisis
atau asid amino sintetik. Rumusan protein soya tidak disarankan untuk bayi
pramatang yang mempunyai berat badan kurang daripada 1800 g. Kajian membuktikan
bahawa pertambahan berat dan panjang adalah perlahan di kalangan bayi yang
diberi rumusan protein soya.
Mengapa bayi perlu diberi makanan pejal selepas berusia 6 bulan?
Pemberian makanan pelengkap
ditakrifkan sebagai proses permulaan, di mana susu ibu sahaja sudah tidak
mencukupi untuk menampung keperluan nutrient bayi. Oleh yang demikian, makanan
dan minuman lain diperlukan di samping susu ibu. Makanan atau minuman yang
bukan berasaskan susu ibu yang diberi kepada kanak-kanak kecil adalah dipanggil
makanan pelengkap. Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak
kecil di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengansusu ibu sahaja dari lahir sehingga
berusia enam bulan. Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan
sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun.
Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa,
mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment