Wednesday, 26 July 2023

Come back posting??

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَم


Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah atas segala ingatan yang Allah SWT berikan kepada saya. Blog ini saya bangunkan kira-kira hampir 11 tahun yang lalu. Tujuan asal adalah sekadar coretan santai-santai untuk saya dedikasikan kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Entah kenapa ianya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Maka terus bersawanglah blog saya ini. 

Sejak beberapa hari yang lalu (atas beberapa faktor juga) saya terpanggil untuk akses semula kepada blog ini. Cubaan demi cubaan hampa kerana saya lupa emel dan katalaluan yang digunakan untuk log masuk kepada blog ini. Aduhai hampa betul saya. Hari ini sekali lagi saya mencuba. Saya selongkar semua dokumen dan barang lama saya dengan harapan terjumpa catitan lama yang tertulis maklumat yang saya cari itu. Sekali lagi saya hampa. Tidak berputus asa, saya cuba lagi membuat carian di internet bagaimana untuk akses semula kepada blog yang telah terlupa emel dan katalaluan. Tidak banyak perkongsian yang saya jumpa. 

Ya, saya terus cuba dan mencuba. Banyak kali saya istighfar dan berdoa agar Allah kembalikan ingatan saya. Beberapa kali saya cuba... Alhamdullillah! Sesungguhnya Allah jua lah sebaik-baik pemberi. Syukur. Terima kasih ya Allah atas ingatan ini. 

InsyaAllah, kali ini saya akan nekadkan azam dan let's dream become reality.
So, this is my come back posting ya!! Peace❤

Sunday, 30 December 2012

Update Blog di hari Terakhir 2012

Assalamualaikum...salam ukhwah..

Since hari ni dh last day for dE year Of 2012, aku terpanggil untuk update sumthin' kt my blog ni..walaupun sebenarnya xdE idEa sangat tapi jejari aku ni laju je menari kt atas keybOard.. Sedih mengenangkan 2012 yang bakal berlalu pergi, bertambah sedih memikirkan tidak banyk pencapaian yang boleh aku banggakan untuk tahun 2012 ni..semuanya biasa-biasa ajeeee..Hurm, nampak nya aku kena kuat semangat dan tekad untuk berjuang mengharungi 2013 nanti..Semoga aku di beri kekuatan dari Allah SWT, dan semoga tahun 2013 akan memberikan aku satu kehidupan yang hanya aku mimpikan selama ini..janjiku pada diriku..Go Go Nora!!..U CAN DO IT!!..Inshaa Allah..Ameen..Happy New Year 2013...

Tuesday, 2 October 2012

Makanan Pelengkap untuk Bayi

Assalamualaikum and happy Wednesday morning to all moms.. Pagi ni saya nak kongsikan info pasal makanan pelengkap untuk bayi atau solid & semi solid food for baby..As i share in my previous entry, solid food should be given to our baby baby when they are reach 6m old.. ramai jugak ibu-ibu argue dan compare dengan cara mak-mak kita dulu.. "nape mak kita dulu dalam pantang lagi dh bg anak mkn?", "mak kita dulu bagi mkn mcm-mcm kt ank tp elok je membesar?".. and mcm-mcm lgi la..hehehee...Jadi sebelum saya start citer pasal penyediaan solid food ni, meh sini saya nak jawab dulu soaln-soalan yang biasa di tanya oleh ibu-ibu..
Jawapan Yang Kukuh untuk Permulaan yang Baik!

Apa itu makanan pelengkap?
Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu. Pada umur enam bulan, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal). Pertambahan makanan pepejal dengan meningkatkan tekstur dan kepekatan makanan tersebut dapat membantu bayi anda memperolehi nutrien yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan dalam memperkenalkan makanan pepejal melebihi 6 bulan akan meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan.
Bermula daripada umur 6 bulan atau lebih, urat saraf dan otot mulut bayi sudah berkembang secukupnya bagi membantu mengunyah dan mengigit makanan. Sistem penghadaman dan pencernaan bayi sudah matang untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi anda.
  
Mengapa pemberian solid food tidak harus dimulakan sebelum 6 bulan?
Sistem penghadaman bayi belum cukup matang. 
  • Boleh menyebabkan sakit perut, angin dan sembelit.
  • Risiko terhadap alahan makanan lebih tinggi.
Mengganggu penyusuan susu ibu. Bayi akan semakin kurang menyusu. Kandungan khasiat yang lebih tinggi dalam susu ibu akan kurang di serap oleh bayi.
Bekalan zat besi bayi mungkin terjejas. Adalah lebih baik memberi bayi susu ibu pada 6 bulan pertama kerana susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu menyerap zat besi dengan lebih baik. kekurangan zat besi menyebabkan anemia. Ibu yang tidak dapat menyusu secara eksklusif atau sepenuhnya boleh memberi bayi susu formula yang diperkaya dengan zat besi.
kemungkinan risiko kegemukan meningkat pada kemudian hari. Pemberian makanan yang terlalu awal menyebabkan pengambilan makanan berlebihan dan seterusnya meningkatkan lemak badan dan berat badan di peringkat kanak-kanak nanti.

Sunday, 30 September 2012

Fact About Baby 0-6 Months

Assalamualaikum..

Entry kali ini saya post kan khusus buat semua ibu2 yang mana secara tak langsung telah membaca blog saya ni..Pada yang bakal jadik ibu lagi cukup bagus utk baca this post sebagai persediaan awl b4 menimang cahaya mata..Segala info yang saya kongsikan di sini adalah fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh badan2 yg diiktiraf baik dalam mahu pun luar negara..Mengapa tergerak hati saya untuk berkongsi apa yang saya tahu dengan ibu2 semua? Its becoz of sejak saya bergelar seorang ibu, internet la sumber yang paling dekat dan banyak membantu saya dalam mendalami ilmu parenting ni..Ikhlas saya katakan sebelum menjadi ibu saya tidak penah amik tau psal penyusuan susu ibu eksklusif, ebm,breastpump dll (istilah2 dlm penyusuan susu ibu), botol susu (rupanya begitu banyak jenis botol susu kt dunia ni) mana yg BPA Free, anti-colic, plus anti-colic dan macam2 lagi la..** next entry citer bab botol susu pulak yer..hinggalah sampai masa yang saya rasa my baby dah bleh makan, lalu saya surf internet psl pemakan bayi ni..Amazing!! betapa naif nya saya sebagai seorang ibu sbb too many things about baby yg saya tak tau..Sungguh, b4 ni ape yg terlintas kt mind  saya hanyalah nak bagi my baby  makan nestum (sbb dah terbiasa tgk akak2 n sedara2)..Rupa-rupanya banyak fakta dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh authorized society berkenaan dengan baby especially baby 0-6months..dan inilah yg saya nak kongsikan bersama..Lets check it out..

Penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan.
Konsultansi Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan dengan Tempoh Optimum Bagi Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif (WHO, 2001) telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu. Kajian sistematik yang dijalankan telah mengenal pasti dan merumuskan beberapa kajian perbandingan di antara penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 4 hingga 6 bulan dengan penyusuan eksklusif selama 6 bulan dari aspek pertumbuhan, status zat besi bayi, morbiditi, penyakit atopik, perkembangan saraf motor, pengurangan berat badan post partum dan amenorea. Di antara faedah utama yang terbukti ialah perlindungan dari jangkitan gastrousus bayi. Ia bukan sahaja berlaku di negara-negara membangun malah juga di negara-negara perindustrian. Bukti lain juga menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan boleh meningkatkan perkembangan motor dan kecerdikan bayi. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengesahkannya. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan juga memberi manfaat kepada ibu seperti membantu melewatkan kedatangan haid selepas bersalin dan mempercepatkan pengurangan berat badan.
Bagaimana pula jika ibu tidak dapat menyusu secara eksklusif?


Bayi yang tidak menyusu susu ibu dengan atas alasan tertentu harus diberi rumusan bayi yang diperkayakan dengan zat besi. Penggunaan awal rumusan yang diperkayakan dengan zat besi boleh membantu mencegah berlakunya kekurangan zat besi pada masa akan datang. Bayi yang menyusu rumusan yang diperkayakan dengan zat besi (sehingga 12 mg/L) sepanjang tahun pertama boleh dijamin mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi dan kurang mengalami masalah kekurangan zat besi pada umur 6 - 18 bulan (AAP, 1989). Di Malaysia, di bawah Akta Makanan (1983) dan Peraturan Makanan (1985), rumusan bayi yang diperkaya mestilah mencapai tahap zat besi paling minimum yang dibenarkan iaitu 1 mg zat besi bagi setiap 100 kkal rumusan bayi.

Penggunaan rumusan bayi berasaskan soya sebagai alternatif kepada susu ibu adalah tidak digalakkan melainkan atas nasihat profesional perubatan. Bayi yang disahkan mempunyai alahan terhadap protein susu lembu pada kebiasaanya juga sensitif terhadap protein soya. Bayi tersebut tidak harus diberi rumusan berasaskan isolated soy-protein secara rutin. Mereka perlu diberi rumusan daripada protein 

susu lembu terhidrolisis atau asid amino sintetik. Rumusan protein soya tidak disarankan untuk bayi pramatang yang mempunyai berat badan kurang daripada 1800 g. Kajian membuktikan bahawa pertambahan berat dan panjang adalah perlahan di kalangan bayi yang diberi rumusan protein soya.


Mengapa bayi perlu diberi makanan pejal selepas berusia 6 bulan?
Pemberian makanan pelengkap ditakrifkan sebagai proses permulaan, di mana susu ibu sahaja sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrient bayi. Oleh yang demikian, makanan dan minuman lain diperlukan di samping susu ibu. Makanan atau minuman yang bukan berasaskan susu ibu yang diberi kepada kanak-kanak kecil adalah dipanggil makanan pelengkap. Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengansusu ibu sahaja dari lahir sehingga berusia enam bulan. Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan.

Bajet 2013

Assalamualaikum..
Bajet 2013 antara isu yg masih diperkatakan smpai arini..ye la bru 2 hari berlalu kan..Last Friday PM dh umumkan bajet 2013..ekoran dari tu, pelbagai feedback yg timbul dari seluruh warga Malaysia ni..Ada yang bertepu tangan tersenyum lebar dan x kurang jugak yang memuncung kan bibir tanda tidak berpuas hati dengan bajet 2013 ini..Bagi diri aku pula, memang xde la related sangat dgn diri aku..thats why la dari dlu lg aku x amik port sangat dengan belanjawan negara ni..tapi sekarang bila dh lama dlm industri ni. fikiran pun dh makin matang aku mula nak amik tau isu-isu semasa yang berlaku around me n of cos yang trjadik kt negara tercinta ni..Wah 1 Malaysia la katakan....
Berbalik pada isu bajet 2013 ni, mmg dh rmai blogger yg share kt blog dieorg n dh rmai jgak ahli muka buku yg upate status they olls psl bajet ni..And me? also nak take part jgak share pndangan aku sebagai slh seorang warga Malaysia yang sah tarafnya..heheee..B4 aku start listkan komen aku jom tgk dulu senarai separa penuh bajet 2013 yang sempat aku upload..



  •  PR1MA
    • Tertarik jgak la dgn  skim ni dan secara x lansung mmg ada kena mengena ngan diri aku yg sememang blm ada rumah sndiri ni..Persoalannya aku ni dh la keje jauh kt luar bandar, nak jmpa satu projek perumahan pun pyh..xkan nk beli rumah jauh2 dri tmpat keje..pstu nak duk sndiri kena sewa lak..adoiyaa lari bajet cmni..So, dh missed satu skim..
  • KLINIK 1 MALAYSIA
    • Huhuu mmg x penah pegi klinik 1M b4 ni..So, no komen x tau la de kena mengena x ngan aku..Tapi bagusla, at least nmpak la keutamaan utk rakyat..
  • KOS SARA HIDUP
    • BR1M memang yang ni satu-satunya direct kena mngena ngan aku..ye la since gaji pun kecik je so lyak la dpt BR1M ni..Alhamdulillah, bru bleh ckp TQ PM..hehee
    • Yang lain-lain tu mmg LANGSUNG XDE KENA MENGENA ngan aku..
  • PENDIDIKAN
    • Bab PTPTN ni mmg best nak dengar tapi mcm ssh ckit nak ade kena mengena ngan aku..20% if dpt byr penuh within 1 year..mmg x tercekau la duit byk2 cenggitu..xkan nak kena jual tanah kot..hahaha..tanah pun xde..So, i wish within 1Y ni aku menang la hadiah wang tunai mna2 peraduan ke cabutan bertuah ke..lepas byr utang PTPTN..bleh ke cmtu..??yerkkk.
Lastly, sejujurnya pada pandangan aku rakyat biasa ni..yang paling x sesuaiiii gtu dalm bajet 2013 ni adalah rebate RM200 utk remaja beli smart phone..xde pekdah sgt la..Sbb bg aku smart phone ni kdg2 lg byk BURUK dari BAIK..Nak2 dpt kt remaja pulak.. fikir-fikir kan la ape keburukan nyer..
Apa pun Government is Government..kita setkat ckp belakang2, jauh2 bleh la..xkan dpt mengubah ape2..Tapi aku tetap berSyukur di ats segala nikmat dan rahmat yang aku kecapi sehingga ke hari ini..




Monday, 24 September 2012

Puteriku Nur Jannatul Husna ~ 6 months



Pada saat n3 ni ditulis, puteriku NJH sudah berusia 9 bulan 24 hari.. Memang sekejap pulak rasanya masa berlalu kan..tup..tup sekarang ni NJH aktif sangat, memang x reti duk diam, dah belajar nak berdiri..Gigi pun dah de 5 batang~hehee..Macam-macam gaya dah sekarang ni..kalau dulu masa dalam pantang asyik nangis jer sampai tak tentu tido mama dibuatnyer…Bila tengok NJH membesar sampai sekarang lupa semua penat lelah, berjaga malam & ngantuk mama..Hmm  lupa, tapi semua tu xkan penah luput, akan terpahat di ingatan selagi nyawa dikandung badan..Mari kita imbau kembali wajah-wajah comei NJH 6 bulan pertama di dunia ini bersama mama..


 after few hours dilahirkan ~ masa ni masih kat spital lagi

1 month ~ Kepala botak sudaaa..

2 months

3 months ~ 3m & 13d NJH mula meniarap..

4 months ~ 1st time NJH dh pndai angkat kepala..

5 months ~ 1st time jugak NJH pegang botol sendiri..

6 months ~ Yea Yea dah boleh duk ats walker..Rambut pun bru tumbuh ckit-ckit..