Showing posts with label baby0-6m. Show all posts
Showing posts with label baby0-6m. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

Makanan Pelengkap untuk Bayi

Assalamualaikum and happy Wednesday morning to all moms.. Pagi ni saya nak kongsikan info pasal makanan pelengkap untuk bayi atau solid & semi solid food for baby..As i share in my previous entry, solid food should be given to our baby baby when they are reach 6m old.. ramai jugak ibu-ibu argue dan compare dengan cara mak-mak kita dulu.. "nape mak kita dulu dalam pantang lagi dh bg anak mkn?", "mak kita dulu bagi mkn mcm-mcm kt ank tp elok je membesar?".. and mcm-mcm lgi la..hehehee...Jadi sebelum saya start citer pasal penyediaan solid food ni, meh sini saya nak jawab dulu soaln-soalan yang biasa di tanya oleh ibu-ibu..
Jawapan Yang Kukuh untuk Permulaan yang Baik!

Apa itu makanan pelengkap?
Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu. Pada umur enam bulan, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal). Pertambahan makanan pepejal dengan meningkatkan tekstur dan kepekatan makanan tersebut dapat membantu bayi anda memperolehi nutrien yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan dalam memperkenalkan makanan pepejal melebihi 6 bulan akan meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan.
Bermula daripada umur 6 bulan atau lebih, urat saraf dan otot mulut bayi sudah berkembang secukupnya bagi membantu mengunyah dan mengigit makanan. Sistem penghadaman dan pencernaan bayi sudah matang untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi anda.
  
Mengapa pemberian solid food tidak harus dimulakan sebelum 6 bulan?
Sistem penghadaman bayi belum cukup matang. 
  • Boleh menyebabkan sakit perut, angin dan sembelit.
  • Risiko terhadap alahan makanan lebih tinggi.
Mengganggu penyusuan susu ibu. Bayi akan semakin kurang menyusu. Kandungan khasiat yang lebih tinggi dalam susu ibu akan kurang di serap oleh bayi.
Bekalan zat besi bayi mungkin terjejas. Adalah lebih baik memberi bayi susu ibu pada 6 bulan pertama kerana susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu menyerap zat besi dengan lebih baik. kekurangan zat besi menyebabkan anemia. Ibu yang tidak dapat menyusu secara eksklusif atau sepenuhnya boleh memberi bayi susu formula yang diperkaya dengan zat besi.
kemungkinan risiko kegemukan meningkat pada kemudian hari. Pemberian makanan yang terlalu awal menyebabkan pengambilan makanan berlebihan dan seterusnya meningkatkan lemak badan dan berat badan di peringkat kanak-kanak nanti.

Sunday, 30 September 2012

Fact About Baby 0-6 Months

Assalamualaikum..

Entry kali ini saya post kan khusus buat semua ibu2 yang mana secara tak langsung telah membaca blog saya ni..Pada yang bakal jadik ibu lagi cukup bagus utk baca this post sebagai persediaan awl b4 menimang cahaya mata..Segala info yang saya kongsikan di sini adalah fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh badan2 yg diiktiraf baik dalam mahu pun luar negara..Mengapa tergerak hati saya untuk berkongsi apa yang saya tahu dengan ibu2 semua? Its becoz of sejak saya bergelar seorang ibu, internet la sumber yang paling dekat dan banyak membantu saya dalam mendalami ilmu parenting ni..Ikhlas saya katakan sebelum menjadi ibu saya tidak penah amik tau psal penyusuan susu ibu eksklusif, ebm,breastpump dll (istilah2 dlm penyusuan susu ibu), botol susu (rupanya begitu banyak jenis botol susu kt dunia ni) mana yg BPA Free, anti-colic, plus anti-colic dan macam2 lagi la..** next entry citer bab botol susu pulak yer..hinggalah sampai masa yang saya rasa my baby dah bleh makan, lalu saya surf internet psl pemakan bayi ni..Amazing!! betapa naif nya saya sebagai seorang ibu sbb too many things about baby yg saya tak tau..Sungguh, b4 ni ape yg terlintas kt mind  saya hanyalah nak bagi my baby  makan nestum (sbb dah terbiasa tgk akak2 n sedara2)..Rupa-rupanya banyak fakta dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh authorized society berkenaan dengan baby especially baby 0-6months..dan inilah yg saya nak kongsikan bersama..Lets check it out..

Penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan.
Konsultansi Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan dengan Tempoh Optimum Bagi Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif (WHO, 2001) telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu. Kajian sistematik yang dijalankan telah mengenal pasti dan merumuskan beberapa kajian perbandingan di antara penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 4 hingga 6 bulan dengan penyusuan eksklusif selama 6 bulan dari aspek pertumbuhan, status zat besi bayi, morbiditi, penyakit atopik, perkembangan saraf motor, pengurangan berat badan post partum dan amenorea. Di antara faedah utama yang terbukti ialah perlindungan dari jangkitan gastrousus bayi. Ia bukan sahaja berlaku di negara-negara membangun malah juga di negara-negara perindustrian. Bukti lain juga menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan boleh meningkatkan perkembangan motor dan kecerdikan bayi. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengesahkannya. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan juga memberi manfaat kepada ibu seperti membantu melewatkan kedatangan haid selepas bersalin dan mempercepatkan pengurangan berat badan.
Bagaimana pula jika ibu tidak dapat menyusu secara eksklusif?


Bayi yang tidak menyusu susu ibu dengan atas alasan tertentu harus diberi rumusan bayi yang diperkayakan dengan zat besi. Penggunaan awal rumusan yang diperkayakan dengan zat besi boleh membantu mencegah berlakunya kekurangan zat besi pada masa akan datang. Bayi yang menyusu rumusan yang diperkayakan dengan zat besi (sehingga 12 mg/L) sepanjang tahun pertama boleh dijamin mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi dan kurang mengalami masalah kekurangan zat besi pada umur 6 - 18 bulan (AAP, 1989). Di Malaysia, di bawah Akta Makanan (1983) dan Peraturan Makanan (1985), rumusan bayi yang diperkaya mestilah mencapai tahap zat besi paling minimum yang dibenarkan iaitu 1 mg zat besi bagi setiap 100 kkal rumusan bayi.

Penggunaan rumusan bayi berasaskan soya sebagai alternatif kepada susu ibu adalah tidak digalakkan melainkan atas nasihat profesional perubatan. Bayi yang disahkan mempunyai alahan terhadap protein susu lembu pada kebiasaanya juga sensitif terhadap protein soya. Bayi tersebut tidak harus diberi rumusan berasaskan isolated soy-protein secara rutin. Mereka perlu diberi rumusan daripada protein 

susu lembu terhidrolisis atau asid amino sintetik. Rumusan protein soya tidak disarankan untuk bayi pramatang yang mempunyai berat badan kurang daripada 1800 g. Kajian membuktikan bahawa pertambahan berat dan panjang adalah perlahan di kalangan bayi yang diberi rumusan protein soya.


Mengapa bayi perlu diberi makanan pejal selepas berusia 6 bulan?
Pemberian makanan pelengkap ditakrifkan sebagai proses permulaan, di mana susu ibu sahaja sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrient bayi. Oleh yang demikian, makanan dan minuman lain diperlukan di samping susu ibu. Makanan atau minuman yang bukan berasaskan susu ibu yang diberi kepada kanak-kanak kecil adalah dipanggil makanan pelengkap. Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengansusu ibu sahaja dari lahir sehingga berusia enam bulan. Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan.